Benarkah Penggerak Komuniti Negara Tidak Berfungsi?

- Advertisement -

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff.

Semalam, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razlan Rafii berkenaan ketidakpuasan hati beliau dengan 7 orang Menteri Perikatan Nasional tentang tugas mereka sepanjang negara berhadapan dengan krisis Covid-19.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu Razlan Rafii berhak untuk menyuarakan pendapat beliau berkenaan dengan apa jua isu yang berlaku di dalam negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan demi memperbetulkan tanggapan yang dibentangkan oleh Razlan kepada masyarakat umum, terutamanya apabila melibatkan organisasi Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang bernaung di bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.

PKN yang diilhamkan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin ini merupakan satu organisasi yang menggabungkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) agar setiap gerak kerja yang dilakukan oleh mereka dapat diselaraskan secara efektif.

Terlalu banyak khidmat kebajikan yang telah dilakukan oleh PKN sepanjang penubuhannya untuk disebutkan satu persatu di sini, namun apa yang jelas, NGO-NGO yang menganggotai PKN telah dapat memberikan khidmat dan bantuan kepada rakyat secara lebih meluas berbanding sebelum ini kerana peranan mereka telah mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Antaranya boleh dilihat di link berikut.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/695080/derita-jurugambar-dapat-perhatian-penggerak-komuniti-negara

https://www.sinarharian.com.my/article/91791/EDISI/Perak/Wanita-Muda-Negara-lancar-kempen-bantu-ibu-tunggal-muda

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/697573/6-penuntut-kolej-dikompaun-kami-akan-tolong-bayarkan

https://www.sinarharian.com.my/article/131815/EDISI/100-penghantar-makanan-terima-bantuan-minyak-percuma

Ura-ura yang mengatakan bahawa di dalam belanjawan 2021, PKN telah mendapat peruntukkan yang signifikan, adalah satu perkara yang tidak benar.

Perlu diingatkan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PKN tidak ditanggung oleh kerajaan, malah ahli-ahli PKN sendiri yang membiayai aktiviti tersebut.

Kolaborasi antara PKN dan syarikat korporat juga membolehkan organisasi itu melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan lebih meluas

Jadi rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan perbelanjaan PKN, kerana tiada satu sen pun duit pembayar cukai atau duit kerajaan terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

Selain itu, di dalam setiap program yang dijalankan oleh PKN, sudah tentu turut diselitkan dengan mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh kerajaan kepada komuniti, ini termasuk mesej mengenai keselamatan & kebersihan komuniti, kempen anti denggi dan juga mempromosikan pendaftaran vaksin dikalangan masyarakat awam.

Impak daripada gerak kerja kebajikan PKN ini dapat dilihat dengan jelas di dalam komuniti miskin bandar dan juga di kalangan masyarakat luar bandar. Selain menyampaikan bantuan dan berusaha keras dalam memantau kebajikan rakyat Malaysia, PKN menjadi penyambung lidah rakyat bagi mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan perhatian segera kerajaan.

Sebagai sebuah NGO yang amat dekat dengan rakyat, PKN juga amat mudah dihubungi kerana mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia dan mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang aktif bagi memudahkan perhubungan secara terus dengan masyarakat awam.

Penulis menyeru agar setiap pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan PKN boleh sahaja menghubungi pertubuhan ini secara terus. Lebih baik lagi sekiranya setiap rakyat Malaysia yang mampu, boleh menyertai PKN dalam aktiviti kemasyarakatan yang mereka laksanakan. Sudah tentu dengan cara ini, anda dapat melihat kebaikkan yang dibawa oleh PKN dan impak positif yang telahpun dirasai oleh komuniti di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat