Wan Rosdy rasmi Kolej Kediaman Mawaddah UMP berkonsepkan Wakaf yang pertama di Malaysia

- Advertisement -

PEKAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Kolej Kediaman Mawaddah yang terletak di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini.

Menurut Wan Rosdy, dengan terbinanya kolej kediaman berkonsepkan wakaf pertama di negara ini, golongan mahasiswa yang berkeperluan ini dapat meneruskan pelajaran dengan tenang dan selesa.

Katanya lagi, kolej kediaman Mawaddah ini dikhususkan untuk pelajar yang datangnya daripada golongan yang memerlukan.

“Menyediakan kolej kediaman yang selesa dan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk mahasiswa merupakan tanggungjawab pihak universiti.

“Apatah lagi kolej kediaman ini dikhususkan untuk pelajar yang datangnya daripada golongan yang memerlukan.

“Mengambil kira faktor ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta dengan sokongan pelbagai pihak telah membina sebuah kolej penginapan berkonsepkan wakaf yang dikenali sebagai Kolej Kediaman Mawaddah.

“Alhamdulillah, saya telah diberi penghormatan untuk merasmikan Kolej Kediaman Mawaddah yang terletak di UMP Pekan serta Sambutan Aidilfitri UMP pada hari ini.” ujar Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya, pada Jumaat.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah  kepada UMP dan juga MUIP atas usaha murni ini.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat