Sanusi sah akan hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor disahkan akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di sebuah hotel di Alor Setar, esok bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhamad Mat Yakim dalam satu pesanan ringkas melalui WhatsApp hari ini.

“MB (Menteri Besar) dijadual hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, esok. MB sampai pukul 10.40 pagi,” katanya lapor Utusan.

Keputusan itu susulan kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang memaklumkan Sultan Kedah berkenan untuk berangkat mencemar duli ke majlis rumah terbuka berkenaan.

Kata Fahmi, rumah terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan itu akan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Hotel Raia, Alor Setar.

“Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Kedah mencemar duli ke majlis itu,” katanya.

Dalam sidang akhbar semalam, Sanusi menjelaskan bahawa beliau akan hadir bersama Perdana Menteri untuk mengiringi Sultan Kedah jika Tuanku berangkat walaupun belum menerima jemputan rasmi atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

“Saya dimaklumkan mereka menyerahkan jemputan rasmi kepada Sultan Kedah. Justeru, sekiranya Tuanku Sultan berkenan menerima jemputan itu, maka saya akan ke sana juga.

“Tetapi jika Tuanku tidak berangkat, saya akan pertimbang semula (sama ada akan hadir). Saya bercakap daripada sudut protokol,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat