Desakan lapor polis datang daripada pemimpin belum ‘move on’ – Ab. Rauf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh kekal dengan pendirian untuk tidak masuk campur dengan mengarahkan Exco yang didakwa terpalit dengan skandal seks agar membuat laporan polis dengan kadar segera.

Ab. Rauf berkata, desakan berkenaan hanya datang daripada kelompok-kelompok pemimpin yang tidak dapat menerima hakikat bahawa landskap politik Melaka telah beralih arah ke arena baharu.

Meskipun tidak menamakan kumpulan itu secara jelas, ia dipercayai merujuk kepada para pemimpin Umno yang tewas dalam pemilihan parti, Mac lalu.

“Saya rasa siapa yang bersalah dalam hal ini? Tiada siapa pun yang didapati boleh mengesahkan perkara ini benar ataupun tidak. Kalau setakat perkara ini diambil daripada media-media sosial sebagai bentuk untuk menjatuhkan imej mana-mana tokoh atau individu kepemimpinan, saya rasa perkara ini perlu dilihat lebih mendalam daripada itu.

“Ini adalah merupakan salah satu agenda mereka-mereka yang masih lagi tak move on dalam politik Melaka yang sudah kita beralih ke arah politik baharu.

“Saya tak nak fikirkan benda ini sebab saya fikirkan untuk bekerja mempromosikan Melaka, memajukan Melaka. Perkara-perkara yang bersifat peribadi ini saya rasa tak payah saya nak bincanglah,” katanya lapor Utusan di Melaka di Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang meminta Ketua Menteri mengambil tanggungjawab mengarahkan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin membuat laporan polis.

Mohamad Ali berkata, kontroversi yang sedang melanda Rais itu dilihat bukan sahaja mendatangkan impak negatif buat Umno, tetapi turut memberi kesan terhadap kepercayaan rakyat berhubung kredibiliti kerajaan negeri baharu pimpinan Ab. Rauf.

Jelasnya, Rais yang juga ADUN Paya Rumput tidak perlu diarah bercuti, sebaliknya wajib membuat laporan polis bagi membersihkan namanya, seterusnya dapat menoktahkan sebarang persoalan ditimbulkan masyarakat terutama serangan dalam media sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat