Skim Insurans Rahmah Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Salahuddin

- Advertisement -

ALOR SETAR – Kerajaan akan memuktamadkan Skim Insurans Rahmah dalam masa terdekat bagi membantu golongan B40 dan M40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sudah mengadakan libat urus bersama syarikat insurans tertentu bagi memperincikan skim berkenaan.

“Insurans Rahmah yang akan kita putuskan ini juga adalah bentuk insurans yang akan kita tawarkan kepada rakyat termasuk kereta terpakai seperti kerosakan kotak gear atau enjin akibat bencana alam seperti banjir.

“Pertemuan dengan pihak bank akan diadakan untuk memuktamadkan apakah skim dan pakej perbankan yang akan mereka tawarkan.

“Kita sudah adakan dua libat urus dan pihak insurans sudah pertimbangkan cadangan kita,” katanya ketika ditemui selepas program sumbangan Bakul Rahmah di Kubang Rotan di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, skim insurans itu diharapkan dapat membantu golongan berkenaan bagi melindungi hartanah mereka apabila premiumnya ditawarkan pada harga berpatutan.

“Yang penting adalah skim ini untuk bencana di kampung atau pun daerah yang sememangnya pasti dilanda banjir waktu musim tengkujuh. Data itu kita sudah ada untuk pakej itu kita pertimbangkan.

“Keduanya, kenderaan terpakai yang selalu mengalami kerosakan enjin atau kotak gear ini, juga kita kemukakan supaya rakyat dapat dilindungi di bawah skim ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, pengagihan Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan itu sudah mencapai 70 peratus dan dijangka selesai tidak lama lagi. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat