Konflik UMNO Perlis Dah Lama Zahid Dicabar Dan Bersabar – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis disifatkan sebagai tepat pada masanya setelah sekian lama dicabar dan bersabar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Zahid menunjukkan sifat kepimpinannya yang tegas sebagai peneraju parti UMNO.

Kata Tajuddin, Zahid juga sememangnya mempunyai hak sama ada mahu melantik dan menggugurkan sebarang jawatan yang dilantik, malah ia sama sama sekali tidak menggugat parti.

“Kenapa pula (UMNO tergugat)? Itu menunjukkan presiden, seorang yang tahu apa yang perlu dibuat apabila dia dicabar, dihina, dikutuk, disindir dan macam-macam lagi.

“Selama ini, dia sabar. Kalau ikuti perkembangan ini, presiden ini sabar. Tapi sampai masa dia tak boleh lagi sabar.

“Kalau dia biarkan seolah-olah parti ini presidennya lemah, tidak boleh tangani masalah dalam parti.

“Jadi saya rasa memang sudah sampai masanya presiden menunjukkan ketegasan dalam kepimpinannya.

“Tiada yang salah,” katanya memetik Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Media dan Previu Video Raya Kumpulan Prasarana di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengguguran Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang menimbulkan reaksi kurang senang UMNO negeri itu.

Sabtu lalu, Zahid Hamidi memaklumkan terdapat pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis apabila jawatan yang disandang oleh Shahidan Kassim digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man berkuatkuasa serta merta.

Susulan itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau membuat ketetapan untuk menolak pelantikan Azlan.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, tindakan Ahmad Zahid tidak wajar dipertikaikan dan soal puas hati atau tidak ia terpulang kepada individu masing-masing.

“Apa nak dipertikaikan lagi? Reda saja. (Keputusan) itu tiada masalah. Bukan dia melanggar peraturan atau perlembagaan parti. Itu proses biasa,” katanya.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...