‘Dreadlocks’ Justin Bieber kena kecam

- Advertisement -

Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber sekali lagi berdepan kecaman netizen apabila tampil dengan gaya rambut ‘dreadlocks’ membuatkan dia dihentam sebagai ‘cultural appropriation’ atau menggunakan budaya lain untuk kepentingan diri.

Bieber menerusi Instagram memuat naik dua gambar semalam menunjukkan penampilan terbarunya dengan gaya rambut begitu.

Seorang pengikutnya di Instagram berkata, gaya itu tidak sesuai untuknya.

“Sayang, saya memang meminati awak, tapi ini bukan caranya,” tulisnya.

Pengikut lain pula memintanya supaya belajar mengenai ‘cultural appropriation’ dan jadi lebih peka.

“J (Justin), tolong ajar diri awak mengenai ‘cultural appropriation’. Awak tak sepatutnya memakai rambut dreadlock,” tulisnya.

Namun, tidak semua komen itu menghentam kerana ramai juga yang menyukai gaya rambut terbaru Bieber itu.

Ini bukan kali pertama penyanyi lagu Justice itu berdepan situasi sama.

Pada 2016, Bieber dikecam hebat kerana melakukan perkara sama iaitu menata gaya rambutnya dengan gaya dreadlocks.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat