Sekolah Tutup Secara Automatik Jika Ada Positif Covid-19 – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekolah yang mempunyai pelajar positif Covid-19 akan ditutup secara automatik selama dua hari sebelum mendapat pandangan lanjut Pegawai Kesihatan Daerah.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, mengumumkan perkara tersebut dalam Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, patang ini.

Menurut Radzi Jidin, penutupan selama dua hari ini bagi membolehkan Pejabat Pendidikan Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah berbincang dan membuat penilaian risko sama ada penutupan sekolah tersebut perlu dilanjutkan atau dibuka semula pada hari ketiga.

“Kita tutup sekolah secara automatik supaya tidak timbul tuduhan pihak sekolah menyembunyikan kes positif Covid-19.”

Radzi turut menegaskan keputusan menutup atau membuka selepas penutupan automatik dua hari, bergantung sepenuhnya kepada Pegawai Kesihatan Daerah.

“Penilaian risiko penting kerana kadang-kadang pelajar tersebut positif Covid-19 di luar dan tidak datang sekolah.” -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat