Pra tempahan Black Shark 4 bermula 28 April ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Peranti pintar kelas permainan, Black Shark memperkenalkan pelancaran peranti baharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu versi Black Shark 4.

Telefon pintar yang terkenal dengan kelas permainan mudah alih ini dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 870 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 8GB.

Black Shark 4 ini didatangkan dengan saiz skrin 6.67 inci dengan paparan AMOLED bersama-sama sokongan kadar segar semula pada tahap 144Hz.

Peranti ini menggunakan kapasiti storan sehingga 256GB bersama-sama ciri khusus antaranya sistam penyejuk ‘Liquid Cooling 2.0’ untuk memastikan peranti kekal pada suhu paling minimum untuk kapasiti penuh.

Bagi tetapan kamera pula. Black Shark 4 ini menggunakan lensa utama 48 megapiksel (MP) bersama-sama 8MP sudut lebar dan 5MP telefoto.

Ia juga dilengkapi dengan sokongan audio DTS Stereo bersama sokongan sambungan audio 3.5mm untuk pengalaman pengguna yang lebih baik terutamanya ketika bermain permainan mudah alih.

Versi Black Shark terbaharu ini menggunakan perisian JOYUI 12.5 berasaskan kepada MIUI12 yang turut hadir dengan pilihan menu khusus untuk permainan mudah alih.

Tanda harga untuk Black Shark 4 ini bermula RM2,299 hingga RM2,799 untuk variasi kelas tinggi dan pra tempahan boleh dibuat bermula 28 April.

Spesifikasi

Pemproses: Snapdragon 870

RAM: 8GB

Paparan: 6.67 inci dengan AMOLED

Kamera utama: 48MP + 8MP + 5MP

Kamera swafoto: 20MP

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat