MSI Suprim terbaik dalam kelasnya

Kuala Lumpur: Sudah menjadi tradisi beberapa pengeluar perkakas terkemuka akan menawarkan variasi produk terhad mereka khusus untuk pembina desktop kelas permainan di luar sana.

Perkakas edisi terhad terutamanya kad grafik sering menjadi buruan pembina desktop kerana penawaran kuasa yang lebih baik jika dibandingkan dengan kelas premium.

MSI sekali lagi berjaya meraih kedudukan ‘raja’ untuk segmen variasi terhad menerusi kad grafik kod nama ‘Suprim’ mereka apabila ia bukan saja menawarkan kuasa prestasi malah padanan kosmetik yang mengagumkan.

Bagi generasi MSI Suprim ini, ia hanya dikeluarkan untuk tiga variasi kad grafik keluaran Nvidia GeForce iaitu RTX 3070, RTX 3080 dan RTX 3090 dengan semua talaan prestasi yang sudah dipertingkatkan.

Untuk semua versi RTX, ia didatangkan dengan dua variasi iaitu Suprim dan Suprim X.

Variasi ini menggunakan tiga kipas penyejuk ‘Tri Frozr 2S’ untuk memastikan suhu kad pengguna berada pada tahap paling minimum biarpun ketika kapasiti penuh.

Jika dibandingkan dengan beberapa kad premium lain, MSI Suprim serta Suprim X merekodkan bacaan suhu sekitar 10 peratus lebih rendah untuk kepenggunaan penuh.

Pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi perisian mengikut kesesuaian dan ia sangat mudah untuk dilaksanakan.

Harian Metro

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Neelofa, keluarga buat hal lagi…

Kuala Lumpur: Selebriti sensasi, Neelofa, 32, terus menjadi perhatian warganet di media sosial apabila tersebar pula video pendek meraikan kemeriahan Aidilfitri baru-baru ini bersama...

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Sebagai seorang selebriti, pastinya diri anda dianggap ikon dan tingkah laku anda akan diperhatikan oleh ramai orang. Neelofa, seorang selebriti yang boleh dianggap cukup berpengaruh...

Bella Hadid turun padang berjuang untuk Palestin!

MODEL terkemuka, Bella Hadid menunjukkan sokongan padunya kepada Palestin apabila muncul di jalanan dan menyertai protes terhadap konflik Insrael-Palestin pada hujung minggu lalu. Di Instagramnya,...