Pemilihan UMNO: Ada Calon Sudah Mula Berkempen

- Advertisement -

MELAKA: Kesemua jawatan dalam UMNO termasuk Presiden terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini.

Keputusan itu sekali gus bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden menjadi tumpuan.

Belum pun mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang Ahad lepas menetapkan tarikh sebenar pemilihan melibatkan 3.3 juta ahli, sudah ada ‘bakal calon’ mula mengorak langkah berkempen.

Tokoh politik yang cukup dikenali itu sudah mengesahkan akan bertanding salah satu daripada tiga jawatan tertinggi tersebut.

Menurut sumber, individu yang kini bergelar menteri itu bukan setakat menghantar bungkusan kurma ke 191 bahagian UMNO.

Tetapi lebih menarik, dedah sumber itu lagi, beliau turut menghadiahkan sepasang baju Melayu kepada ketua-ketua bahagian dan cawangan, manakala isteri pula menerima baju kurung.

“Tokoh ini menggunakan beberapa buah lori yang disewa untuk membuat penghantaran ke bahagian-bahagian seluruh negara secara berperingkat sejak awal Ramadan.

“Ini sebenarnya agak mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya. Kebiasaannya pemberian sempena sambutan Aidilfitri diberikan di peringkat bahagian sesebuah negeri sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada mesyuarat MT UMNO baru-baru ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat pemilihan parti akan ditetapkan selepas mendapat maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Kedua-dua badan itu diminta untuk menasihat dan meneliti garis panduan untuk UMNO mengadakan pemilihan parti selaras peraturan dan perlembagaan parti serta prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. – UTUSAN MALAYSIA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat