COVID-19: 30 Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Dua Hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tiga puluh sekolah di Selangor diarah tutup dua hari bermula hari ini.

Ia susulan kes COVID-19 yang dikesan di sekolah-sekolah tersebut, menurut laporan portal Malaysiakini, memetik pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Katanya, penutupan berkuat kuasa 28 dan 29 April bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Pekeliling tersebut turut meminta sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.

JPNS juga meminta sekolah terlibat untuk berbincang dengan PKD bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika tempoh itu perlu dilanjutkan.

Sepanjang tempoh itu, guru dan pelajar dikehendaki melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Berdasarkan pekeliling itu, sekolah-sekolah terbaharu di Selangor yang ditutup dua hari ialah:

Klang: SJKC Perempuan, SJKC Tshing Nian, SJKC Ying Wah, SMK Tengku Ampuan Jemaah, SK Klang,

Kuala Selangor: SMK Raja Muda Musa, SJKC Chung Wah, SK Sungai Burung

Sepang: SMK Putra Perdana, SMK Cyberjaya, SK Sungai Rawang

Petaling Perdana: SMK Bandar Puchong Jaya A, SK Setia Alam, SJKC Shin Cheng (Harcroft), SMK Puchong Perdana, SK Pusat Bandar Puchong 2, SMK

Seri Kembangan, SJKC Yak Chee

Gombak: SK Sg Pelong, SK Hulu Klang

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat