Desak Buat Pemilihan UMNO Tak Bimbang Covid-19? – Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menekan dan mendesak UMNO melakukan pemilihan parti dalam tempoh terdekat ini.

Kata Zahid dalam situasi kes Covid-19 mencanak “apa yang penting, mereka desak pemilihan UMNO dijalankan segera.

“Jika melibatkan UMNO tidak mengapalah. Bagi mereka pemilihan oleh 3.3 juta ahli UMNO tidak boleh menyebabkan penularan Covid-19.

“Jika tiada PKP dan Parlimen dibenarkan bersidang, dikhuatiri semua Ahli Parlimen boleh dijangkiti virus terutama warga emas,” bidas Zahid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengulas, Kumpulan Pakar Penasihat Sains dan Kesihatan Covid-19 (EAG) syorkan terdapat keperluan segera supaya kerajaan melaksanakan PKP bersasar bagi membendung gelombang keempat pandemik itu dan syor berkenaan sudahpun dibentangkan kepada Perdana Menteri Rabu lalu.

“Kata EAG, usaha mengekang lonjakan peningkatan kes positif menjangkaui 1,000 peratus ketika ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Cadangan itu dibangkitkan susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Kedua, Parlimen akan diadakan pada masa sesuai bergantung nasihat pakar kata Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Kata Menteri dari PAS, kerajaan beri jaminan sidang parlimen akan disegerakan sebelum atau selepas darurat ditamatkan namun bergantung nasihat pakar terutama KKM dan MKN,” kata beliau.

Persoalan di sini, Zahid bertanya siapa yang mengawal pakar-pakar ini? Sudah tentu pakar itu datangnya daripada mereka bukan daripada rakyat bawahan?

“Apabila dilaksanakan semula PKP kemarahan rakyat makin memuncak. Manakan tidak, pergerakan kembali terbatas, sukar untuk bekerja dan mencari pendapatan. Sudahlah ekonomi tenat, pengangguran bertambah. Adakah kerajaan memahami keperitan rakyat? Apabila PKP dibuat adakah bantuan akan terus disalurkan?

“Dan selepas Aidilfitri, sekolah akan kembali ditutup. Dan kita sudah juga menyaksikan rakyat dikompaun sehingga RM50,000. Semua yang melibatkan rakyat diambil tindakan tetapi golongan kayangan tidak mengapa.

“Rakyat tiada kerja, harga barang makin tinggi, kes Covid-19 terus mencanak naik. Ini masalah rakyat atau ancaman parti politik kerajaan?

“Saya percaya apa yang dicaturkan ini akan membuatkan rakyat bengang. Vaksin sudah tiba tetapi kenapa diperlahankan suntikannya? Adakah wujud cubaan untuk mengawal sesuatu? Mereka boleh menafikan tetapi rakyat sudah boleh menilai dan membuat pertimbangan. Ini tahun 2021 bukannya 1970-an.

“Saya percaya apa yang akan berlaku sudah boleh diramal. Setiap hari dicanang-canang peningkatan kes Covid-19 tetapi kelewatan itu bermula daripada mereka. Dan mereka buat keputusan kononnya untuk rakyat tetapi membebankan rakyat juga,” ujar beliau.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...

Malaysia Sedia Hantar Tentera Bantu Misi Pengaman PBB Di Palestin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu misi pengaman di Palestin sekiranya ia diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),...

Kerani Rugi Lebih RM255,000 Ditipu Menang Peraduan

ALOR SETAR: Gara-gara tertarik dengan wang hadiah peraduan tanpa memeriksa terlebih dahulu kebenarannya seorang kerani sebuah kedai buku di Mergong di sini mengalami kerugian...