Noraini sanggah Zahid jumpa Wanita UMNO ajak sokong Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad meminta pihak berkenaan tidak mengheret Wanita UMNO dalam kancah politik tidak sihat, susulan dakwaan seorang pemimpin parti itu, wujud pertemuan antara Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan sayap tersebut bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Noraini berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan beliau bersama barisan Exco Wanita tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan Zahid atas tujuan seperti didakwa pemimpin tersebut.

“Saya menafikan dakwaan bahawa wujud pertemuan antara presiden dengan Wanita UMNO untuk tujuan itu.

“Pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Noraini berkata, media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa wujud gerakan mendapatkan tandatangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong presiden PKR itu sebagai perdana menteri.

Dakwaan itu disokong oleh Exco Wanita Umno, Shamsiah Mohd Yassin yang memaklumkan Zahid juga telah mendekati sayap parti itu untuk memujuk mereka menyokong Anwar.

Pada 7 April, satu rakaman audio didakwa mirip suara Zahid dan Anwar tular di media sosial.

Ia dipercayai ucapan Zahid pada Perhimpunan Agung Umno (PAU2020) bulan lalu.

Anwar dan Zahid bagaimanapun menafikan rakaman audio yang membincangkan perkara berkaitan PAU2020 itu, terutama mengenai “No Anwar, No Bersatu, No DAP” dalam membentuk pakatan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat