Data, laporan harian Covid-19 sahih dan tepat bukan direka-reka – Dr Adham

KUALA LUMPUR – Semua data-data dan laporan analisis harian kes Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sahih dan tepat,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

Malah menurutnya, kesemua maklumat yang didedahkan kepada umum melalui verifikasi daripada pelbagai peringkat di KKM.

“Semakan terhadap semua data akan dilaksanakan oleh pegawai bertanggungjawab di Kementerian Kesihatan Malaysia. Data yang telah disahkan ini akan didaftarkan sebagai data harian Covid-19 Malaysia.

“Data ini diguna pakai untuk penyediaan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan dan analisa situasi Covid-19 di Malaysia termasuk trend kes, kadar kebolehjangkitan, kapasiti hospital dan makmal serta keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan.

“Kesemua maklumat yang telah disemak ini kemudiannya dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk pengesahan terakhir sebelum dibentangkan,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Sidang media itu turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Adham mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya data-data harian yang dikeluarkan oleh KKM sengaja direka-reka.

Katanya, data-data yang diberi bukanlah satu perkara yang dibuat-buat sebaliknya, ia memang hasil pengesanan kes di lapangan.

Jelas beliau lagi, data-data Covid-19 di Malaysia dikendalikan mengikut prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan data yang dilaporkan adalah tepat dan sahih.

Ujarnya, semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital, mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta wajib dimuatnaik dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

Sistem tersebut sentiasa dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

“PKD bertanggungjawab untuk membuat siasatan, urusan ke kemasukan sama ada ke hospital, pusat kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) atau dirawat di rumah berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan.

“Selain daripada itu, PKD juga menjalankan saringan ke atas kontak rapat dan mengeluarkan arahan kuarantin,” jelasnya.

Tambah beliau, semua data yang telah lengkap dari PKD dihantar ke Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) negeri sebelum disalurkan ke CPRC Kebangsaan setelah verifikasi dijalankan.

Katanya, data dari semua negeri diterima selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah hari oleh pasukan pengurusan data di CPRC Kebangsaan dan seterusnya data itu dianalisa dan diverifikasi sebelum ia didaftarkan.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...