Pahang Umum Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Untuk Penjawat Awam

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1, 000 kepada penjawat awam negeri tersebut.

Pemberian ini meliputi semua gred dan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM8 juta.

Pengumuman Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, sebentar tadi.

“Sukacita saya umumkan, Kerajaan Negeri bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 kepada kesemua kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini, bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini,” katanya.

Pejabat Kewangan Negeri akan segera melakukan urusan susulan agar pembayaran dapat dibuat pada 7 Mei ini.

” Turut mendapat pemberian ini sebagai sagu hati Kerajaan Negeri, ialah penjawat awam Persekutuan bergred JUSA C dan ke atas, yang berkhidmat di negeri ini.

“Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang saya pengerusikan, pagi ini. Ia dibuat berasaskan kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli Kerajaan Negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam sekalian,” ujar beliau.

Disamping itu beliau berharap wang pemberian ini dapat digunakan sewajarnya.

Beliau juga menyarankan Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini turut membuat pemberian yang serupa kepada pegawai dan kakitangan masing-masing, katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat