Butik adidas Sneaker Collect Kedua Dunia Kini Dibuka Di KLCC

Jumaat lalu adidas secara rasmi telah membuka butik adidas Sneaker Collect di Level 3 KLCC, butik konsep yang mengumpulkan model terbaru daripada adidas merangkumi koleksi adidas Performance sehinggalah adidas Originals.

Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua untuk butik Sneaker Collect selepas butik konsep pertama ini dibuka di China. Apa yang membezakan butik ini dengan butik adidas yang lain adalah Sneaker Collect lebih memfokuskan pengalaman membeli sneakers dan segala model terbaru di pasaran anda boleh membelinya di sini.

 

Selain itu, apa lagi yang special di sini? Semestinya peluang untuk anda customize kasut yang anda beli. Anda diberi pilihan untuk membeli tali kasut, dubraes serta vinyl patches untuk hias kasut anda. Barulah kasut baharu anda nanti lain daripada yang lain.

adidas sneaker collect 4

RUANGAN UNTUK CUSTOM KASUT YANG ANDA BELI

adidas sneaker collect 2

LAMPU NEON UNTUK RAKAM GAMBAR INSTAGRAM ANDA

adidas sneaker collect 1

‘ROADIES’ YANG BIASA DILIHAT DI KONSERT DITUKAR MENJADI SHOES DISPLAY

Begitu juga dengan hiasan dalaman butik ini yang minimalis dengan penggunaan rak beroda (roadies) untuk display kasut serta warehouse racks pada dinding. Selepas membeli, anda juga boleh tangkap gambar di logo neon adidas Sneaker Collect untuk anda muat naik di Instagram.

Antara model yang ada di adidas Sneakers Collect ketika ini adalah ULTRABOOST, Forum, Stan Smith, ZX, Samba dan koleksi terkini 4D termasuklah model 4D FUTURECRAFT dan 4D FUSIO. Jadi, rasai sendiri pengalaman shopping yang berbeza di adidas Sneaker Collect Level 3, Lot 310-312 KLCC dan kami yakin bila anda masuk sini, anda tidak akan pulang tangan kosong.

adidas sneaker collect 3

3D PRINTER KEYCHAIN YANG DIBUAT SECARA ‘LIVE’ DI SINI

P/S: Tidak lupa juga, terdapat keychain khas yang diperbuat menggunakan mesin 3D Printers untuk anda beli sebagai souvenir. Memang cool.

The Vocket

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

‘Jejak Rasul imbau semula sejarah Melayu Islam di Malaysia’

Kuala Lumpur: Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui paparan berkenaan Masjid Agong Kota A Famosa yang disiarkan menerusi program terbabit baru-baru ini, mempunyai...

Perut makin ke depan,Will Smith nak kurus

Los Angeles :Bintang Hollywood, Will Smith bercadang untuk menurunkan berat badannya selepas mengalami perubahan drastik sejak pandemik Covid-19 bermula. Smith berkata, walaupun menyukai tubuh badan...

Sule harap anak tidak miripnya

Jakarta: Pelawak yang juga pengacara popular Indonesia, Sutisna atau Sule berharap wajah anak pertama hasil perkahwinan dengan Nathalie Holscher tidak mirip wajahnya. Bagaimanapun, bapa kepada...