Fasa Pertama 790 Pelajar IPT Dihantar Pulang Malam Tadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penghantaran pulang penuntut institusi pengajian tinggi bagi fasa pertama bermula jam 10.30 malam tadi dengan membabitkan 790 pelajar.

Sebanyak sembilan pusat pelepasan dibuka bagi menghimpunkan 759 penuntut IPT dan 31 penuntut Politeknik serta Kolej Komuniti di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Antara IPT yang terlibat dalam ‘pilot’ projek ini ialah 89 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), 150 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 164 penuntut Universiti Malaya (UM), 80 penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 146 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ia turut melibatkan 50 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), 49 penuntut Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) dan masing-masing 31 dari Universiti Sains Islam Malaysia Kuala Lumpur (USIM KL) serta Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kesemua penuntut ini akan meneruskan perjalanan ke Zon Hijau koronavirus (Covid-19) dengan menaiki 50 bas iaitu masing-masing 32 bas ke Kedah, 13 bas ke Pulau Pinang dan lima bas ke Perlis.

Sejurus tiba di pusat pelepasan, pelajar ini akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan perlu melalui proses sanitasi sebelum dan selepas menaiki bas.

Arahan ini turut terpakai kepada dua pemandu bas serta pegawai yang mengiringi penuntut berkenaan.

Bukan itu sahaja, kesemua 50 bas ini, dinyahkuman terlebih dahulu oleh agensi terlibat antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kejayaan penghantaran pulang pelajar kali ini merupakan hasil kejayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JBPM.

Selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pada fasa ketiga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sedikit kelonggaran diberi kepada penuntut untuk pulang ke kampung masing-masing.

Sesuai dengan sambutan Ramadan yang memasuki hari ke-empat semalam, jelas terpancar kegembiraan pelajar setibanya di pusat pelepasan di UKM, Bangi semalam.

Pelajar, Mohd Saiful Amin, 22, berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan mereka pulang ke kampung.

“Sepanjang PKP ini dikuatkuasakan, saya sentiasa memikirkan keselamatan diri dan keluarga, tetapi sekarang saya rasa lega dan sangat gembira.

“Ini merupakan sambutan Ramadan terindah kerana saya dapat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat