Dana Qatar Untuk Rohingya, Diusaha Zaman BN, Diterima Zaman PH – Zahid

- Advertisement -

1. Ada beberapa perkongsian di Facebook menuduh saya telah menerima dana dari Qatar Development Fund dan dimasukkan ke akaun persendirian. Tuduhan ini jelas fitnah dan bertujuan mengaibkan saya.

2. Semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan, kami telah mengusahakan dana bagi membantu pelarian Rohingya. Qatar berbesar hati memberi penajaan terhadap isu Malaysia ketika itu.

3. Namun kerajaan ketika itu tidak menerima apa dana atau bantuan bagi membantu Rohingya. Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah. Dana sebanyak USD 50 juta diterima ketika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

4. Mantan Timbalan Presiden Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Azizah dalam Facebook beliau pada 25 November 2018 menulis “Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan USD50 Juta kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya.”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1469020026534602&id=145765332193418

5. Malah Duta Qatar Essa Mohamed juga menyatakan kerajaan Qatar telah mengikrarkan AS$50 juta (RM198.9 juta) bagi membantu masyarakat Rohingya di Malaysia.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-qatar-minat-perluas-kerjasama-beberapa-bidang-177435%3famp=1

6. Kenyataan ini dikukuhkan dengan kedatangan Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF) dan Pendidikan Yang Penting (EAA), YAM Sheikha Moza Nasser ke Malaysia dan lawatan ke pusat pembelajaran anak pelarian.
“Sheikha Moza visits EAA projects for refugee children in Malaysia”
https://thepeninsulaqatar.com/article/30/04/2019/Sheikha-Moza-visits-EAA-projects-for-refugee-children-in-Malaysia

7. Pakatan Harapan hendaklah beri penjelasan terperinci mengenai dana ini. Bukan sekadar menyalahkan Barisan Nasional – FB ZahidHamidi

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat