Isu Tuntutan Sabah Hanya Mainan Politik Filipina – Hajiji

KOTA KINABALU – Isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dilihat sebagai polemik lama yang sering dihidupkan semula bagi tujuan politik dalaman negara itu, khususnya menjelang musim pilihan raya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang baharu dan lazimnya akan timbul apabila hampirnya pilihan raya, terutama membabitkan jawatan di peringkat senat.

Menurut laporan BERNAMA, beliau menegaskan bahawa kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan, memandangkan ia telah dipersetujui oleh rakyat serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Rakyat Sabah sejak awal lagi telah membuat keputusan untuk bersama Malaysia. Perkara ini tidak wajar dibangkitkan lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Tambah Hajiji, sebarang usaha untuk menghidupkan kembali isu berkenaan hanya akan menimbulkan kekeliruan serta berpotensi menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak agar menghormati kedaulatan negara serta tidak menjadikan perkara tersebut sebagai alat politik.

Terdahulu, media melaporkan seorang senator Filipina menggesa kerajaan negara itu untuk mengaktifkan semula tuntutan terhadap Sabah, termasuk mengaitkannya dengan potensi sumber minyak dan gas di negeri berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat