Jika benar sayangkan ummah mereka tak khianat Umno dulu – Mat Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak pimpinan pembangkang yang menjadikan perjuangan ummah, agama dan bangsa ibarat barang dagangan apabila apa yang dilaungkan itu tidak selari dengan perbuatan.

Beliau berkata, alasan penyatuan ummah didakwa digunakan oleh pihak tertentu atas dasar survival dalam politik.

“Kalau kita sayangkan ummah, Umno dulu tidak berpecah dan mereka yang bercakap tentang penyatuan ummah itulah yang memecah-belah dengan keluar parti, mengkhianati parti untuk mencari haluan sendiri.

“Jadi jangan kita sewenang-wenang menggunakan perkataan ummah walhal mereka keluar Umno menubuhkan parti lain untuk menggantikan Umno,” lapor Sinar Harian di Seremban.

Kenyataan tersebut dipercayai sebagai sindiran kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyatakan parti itu bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan musuh ketatnya, Umno demi mencapai matlamat perjuangan politik.

Hamzah dilaporkan berkata, tiada sebab bagi Umno dan Bersatu untuk terus berpecah jika mereka berkongsi perjuangan dan wadah politik yang sama.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau bagaimanapun berkata, parti tersebut mengajak Umno untuk bersatu semula bukan atas dasar penyatuan ummah sebaliknya selepas sudah tidak mempunyai hala tuju jelas.

“Jadi jangan kita memperdagangkan ummah. Kalau kita fikir tentang ummah kita takkan berpecah dulu.

“Saya harap yang penting ialah keikhlasan kita. Kalau betul-betul cakap pasal ummah, saya tidak ada masalah, yang penting kekuatan ummah itu dibina dengan keikhlasan dan bukan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Kalau kita sayangkan ummah, dimana pun kita berada, perlu memberikan khidmat bakti terbaik dan bukan memecah-belah perpaduan sedia ada,” ujar Menteri Luar Negeri itu lagi.

Tambah beliau, perbuatan parti itu dahulu telah menyebabkan rakyat terkeliru hingga merasa kecewa dengan parti politik.

“Banyak orang sekarang non-partisan dan orang yang berdiri atas pagar menunjukkan peratusan amat besar kerana sudah kecewa dengan parti-parti yang ada sekarang,” katanya.

Justeru katanya, konsep ummah itu tidak semesti melalui gabungan parti tetapi boleh menggunakan platform masing-masing perjuang sebarang isu berkaitan kepentingan ummah agar perpaduan itu menjadi kuat, negara menjadi aman damai serta sejahtera.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat