8 negeri jadi lokasi rayakan Aidilfitri Madani bersama PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidilfitri 2025.

Sekretariat Induk Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Bersama Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, program ini merupakan satu usaha penting dalam mengetengahkan agenda Malaysia Madani yang berpaksikan nilai kesejahteraan, hormat dan ihsan.

“Selaras dengan tema “Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara”, majlis ini menzahirkan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh nilai-nilai murni seperti kasih sayang, toleransi dan hormat dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Ia diharap dapat menyemai semangat kebersamaan yang merentasi perbezaan latar belakang dan fahaman, selaras dengan hasrat untuk membina masyarakat yang saling memahami dan menghargai antara satu sama lain,” kata kenyataan itu.

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Bersama YAB Perdana Menteri akan diadakan di lapan buah lokasi seluruh negara seperti berikut:

  1. Melaka (Peringkat Kebangsaan) pada 5 April 2025 (Sabtu);
  2. Selangor pada 6 April 2025 (Ahad);
  3. Pahang pada 11 April 2025 (Jumaat);
  4. Kelantan pada 12 April (Sabtu);
  5. Pulau Pinang pada 12 April (Sabtu);
  6. Sarawak pada 19 April 2025 (Sabtu);
  7. Perak pada 25 April (Jumaat); dan
  8. Perlis pada 27 April 2025 (Ahad).

Penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 ini adalah hasil kolaborasi strategik antara Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah dan kementerian peneraju sebagai penganjur bersama.

Perdana Menteri akan hadir sebagai tetamu utama dan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

Majlis ini bukan sekadar acara sambutan sahaja tetapi menjadi sebuah wadah yang menyatukan rakyat melalui nilai budaya, tradisi dan kemasyarakatan.

Penganjuran majlis ini turut diharap dapat memperkukuh semangat kekitaan dan membuka ruang interaksi secara langsung antara rakyat dan kepimpinan negara dalam suasana yang penuh silaturahim dan muhibah.

Acara ini juga menyerlahkan komitmen Kerajaan Madani untuk terus mendekati rakyat di semua peringkat dan aliran, di samping membina jalinan yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 5 April 2025 (Sabtu), jam 10 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama Perdana Menteri.

Pengunjung juga digalakkan untuk berpakaian kemas, sopan dan mengenakan busana tradisional seperti baju kebangsaan atau baju raya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat