Rais Yasin Kekal Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keabsahan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu yang baharu.

Kenyataan itu dibuat selepas tularnya satu surat sejak malam tadi, didakwa dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) yang membatalkan kemenangan Rais dalam Pemilihan Umno 2023 pada 18 Mac lalu.

Ditanya adakah surat berkenaan palsu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak pasti namun mengesahkan bahawa Rais kekal sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Pengerusi JPU (Tan Sri Shahrir Ab. Samad) telah memaklumkan kepada saya, tidak ada surat pembatalan itu dan Datuk Rais diabsahkan sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai, Serkam di Jasin, malam tadi.

Lapor Utusan, Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita dalam talian yang mendakwa, JPU membatalkan kemenangan Rais sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu.

Dakwa laporan itu, Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Abdul Latip Mohamad berkata, beliau menerima pemakluman itu menerusi satu surat menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 2.26 petang, semalam.

Sebelum ini, Rais memperoleh 282 undi berbanding penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan 278 undi, menang dengan hanya kelebihan empat undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat