130,000 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar Akan Dibantu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri yakin sebanyak 130,000 ketua isi rumah miskin tegar akan dapat ditangani dan dinoktahkan pada tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat 15 Mac lalu, sebanyak 123,243 ketua isi rumah miskin tegar sudah dapat dikenal pasti oleh kerajaan untuk dibantu.

“Bagaimanapun, saya sengaja letakkan jumlah sebanyak 130,000 ketua isi rumah ini kerana kemungkinan jumlahnya akan bertambah.

“Jika ikut keupayaan jabatan kita mampu menangani dan menoktahkan (isu miskin tegar),” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai pendekatan terbaru dan kemajuan pelaksanaan Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan secara holistik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat