Parkir & Tol: Penggunaan Kad Debit Dikhuatiri Undang Ancaman Scammer – Hisamudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya menzahirkan kebimbangan berkenaan penggunaan kad debit untuk bayaran parkir dan tol kerana dikhuatiri akan mengundang ancaman scammer.

Beliau bimbang maklumat peribadi pengguna akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab apabila kad debit digunakan secara berleluasa tanpa pengawasan.

“Kalau kita lihat di Kuala Lumpur ni tempat letak kereta dan pusat beli belah dan tempat-tempat lain kebanyakan parkir banyak guna kad debit.

“Dulu kita pakai TouchnGo tidak melibatkan akaun bank kita.

“Bila kita guna kad debit secara berleluasa saya khuatir syarikat yang kutip duit kita bukan agensi kerajaan yang kita boleh percaya apabila kita sentuh kad debit kita dia tulis RM10, RM20 saya bimbang jika perkara ini berleluasa kita benarkan dia akan dapat data-data ia boleh jadi scammer,” ujarnya di Dewan Negara pada Isnin.

Hisamudin mengakui bimbang syarikat pengendali berkenaan boleh mendapatkan data pengguna tanpa sekatan.

“Kerana ia boleh dapat data kita dengan mudah.

“Kalau dulu kita pakai TouchnGo rakyat rasa selamat kerana ia tidak melibatkan akaun bank,” katanya lagi.

Susulan kebimbangan yang dibangkitkan Hisamudin itu kerajaan mengakui data pengguna yang menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran di tempat letak kereta tanpa tunai tidak selamat dan mudah untuk diakses oleh scammer.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, data-data berkenaan boleh diakses hanya menggunakan perisian hasad (malware).

“Saya setuju apa yang disebut itu, jadi kita kena terus berhati-hati dan angka yang saya nyatakan dalam Dewan Rakyat mengenai penipuan scam untuk negara hampir 22,000 orang telah menjadi mangsa dan kerugian sekitar RM850 juta.

“Itu adalah satu angka yang tinggi dan kita harap sentiasa berhati-hati terutama menggunakan kad-kad yang boleh diakses menggunakan perisian khas terhadap akaun,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat