Bencana Alam Kerap Berlaku Peringatan Allah Kepada Manusia – Sultan Perak

- Advertisement -

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ketaksuban memajukan prasarana dan meraih keuntungan perniagaan tidak boleh dijadikan lesen untuk menghalalkan manusia bersifat rakus memusnahkan alam sekitar.

Baginda mengingatkan, bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peri­ngatan Ilahi kepada manusia yang bersifat zalim terhadap alam.

Titah baginda, ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 41, Surah Ar-Rum bermaksud: “Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

“Dunia kini semakin menghadapi pelbagai bencana mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

“Pelbagai bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peringatan Ilahi kepada manusia yang bersifat zalim, sehingga alam semakin membenci dan enggan bersahabat dengan manusia,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di sini, semalam.

Sultan Nazrin bertitah, kecanggihan teknologi semata-mata tidak mampu membendung bencana akibat kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh ta­ngan-tangan manusia.

Titah baginda, pembangunan negara harus mengambil kira ele­men pemantapan sahsiah dan rasa cinta kepada alam sekitar. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat