Tengku Hassanal ketuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 sepanjang 400 kilometer

- Advertisement -

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengetuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah akan menongkah arus menghulu Sungai Pahang dengan menaiki bot kajang sepanjang ekspedisi yang akan disertai 17 bot lain.

Ekspedisi sejauh 400 kilometer itu itu akan berlansung pada 03 Mac sehingga 06 Mac 2024. Ia bermula dari  Riverfront di Pekan dan akan tamat di Kampung Tanjung Gahai, Lipis.

Menerusi program ini baginda akan merentasi daerah Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis melalui sungai sebelum menyantuni rakyat dengan beberapa pengisian program antaranya sesi perkhemahan di Tapak Rumah Warisan Chenor, Maran dan Kampung Gintong, Jerantut, ‘Subuh Worrior’ bersama rakyat, menyatuni golongan asnaf dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang,

Ekspedisi terbabit akan disertai 150 peserta terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM), pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dan wakil media.

Pelbagai acara telah disusun sempena Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 dimana pada 03 Mac Tengku Mahkota Pahang akan singgah Rumah Rakit Maraie Kampung Padang Rubia, Pekan untuk bersarapan pagi dan Ziarah 5 rumah asnaf dengan bermotosikal.

Selepas itu, pada hari yang sama, Tengku Hassanal akan singgah di Kampung Belimbing, Pekan untuk aktiviti bersama asnaf. Pada sebelah petangnya, Tengku Mahkota akan ke Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan untuk aktiviti sumpit dan sewang.

Tengku Hassanal meneruskan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 ke Jeti Chenor, Maran. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti persembahan silat dan gendang, program santai, solat Maghrib dan Isyak di Masjid Chenor, memberi sumbangan dan santapan malam.

Pada keesokkan pagi (04 Mac), Tengku Hassanal akan bersama-sama jemaah untuk ‘Subuh Worrior’ di Masjid Chenor Sebarang Maran. Selepas itu, Tengku Hassanal akan mendaki Bukit Kertau, aktiviti sukan rakyat dan menanam pokok di Jeti Chenor, Maran.

Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 diteruskan ke Kampung Kuala Bera, di Bera untuk menyampaikan bantuan kepada asnaf. Di Kampung Kuala Triang pula, pelbagai aktiviti telah dirancang seperti persembahan gendang Pahang, dan kenduri rakyat.

Baginda akan mengerjakan solat jemaah Maghrib di Masjid Jamek Bandar Triang, Bera. Turut diadakan bacaan Yassin, penyampaian sumbangan kepada asnaf dan santapan bersama rakyat.

Pada 05 Mac, baginda akan menunaikan solat Subuh berjamaah (Subuh Worrior) di Masjid Darul Fikri, Bera. Selepas itu, Tengku Hassanal akan ke tapak pekan sehari durian tawar untuk pelepasan keempat dan melakukan gimik pelepasan.

Baginda akan meneruskan ekspedisi ke Jeti Bangau Parit, di Temerloh. Baginda akan bersarapan pagi di warung pakcu dan makcu dan lawatan ke Amani Villa.

Sejurus itu, baginda akan ke Kuala Krau. Baginda menziarahi golongan asnaf dan bekas polis, lawatan ke balai polis Kuala Krau, dan persembahan video.

Selepas itu, baginda akan ke Kampung Gintong, Jerantut untuk aktiviti sukan rakyat, mengemping padi, memedak ikan dan menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf. Pada sebelah malamnya, baginda akan bersama-sama rakyat untuk menonton wayang pacak telefilem ‘Pawang Nong’.

Pada hari terakhir Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 (06 Mac), sekali lagi Baginda akan menunaikan solat Subuh untuk program ‘Subuh Worrior’ di Masjid Kampung Gintong, Jerantut.

Sejurus itu, Tengku Hassanal akan melakukan pelepasan peserta untuk ke destinasi seterusnya. Peserta akan singgah Kuala Tembeling. Selepas itu, ekspedisi akan meneruskan mudik Jeti Kampung Ganding, Lipis.

Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah penyampaian sumbangan Asnaf, demo masakan nasi kebuli, dan pelepasan benih ikan. Di Jeti Lipis pula, baginda dan rombongan akan melakukan lawatan jejak warisan bandar Lipis.

Majlis penutupan Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 akan berlansung di Kampung Tanjung Gahai, Lipis. Pelbagai aktiviti bakal diadakan seperti tarian tradisional, acara sukan rakyat&air dan jamuan negeri yang turut disertai Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Kerajaan Negeri Pahang.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat