Kerajaan akan usaha sehabis baik bela nasib rakyat, angkat darjat Malaysia – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk memelihara kestabilan politik negara.

Anwar dalam kenyataannya pada Rabu menyatakan komitmen kerajaan untuk berusaha sehabis baik membela nasib rakyat dan mengangkat kembali martabat dan darjat Malaysia.

“Menjunjung kasih atas kesudian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.

“Titah Tuanku yang menzahirkan hasrat untuk memelihara kestabilan politik negara menjadi kekuatan buat patik dan seluruh jentera Kerajaan untuk berusaha sehabis baik membela nasib rakyat dan mengangkat kembali martabat dan darjat Malaysia.

“Semoga Malaysia kekal qarar (tenteram) dan dilimpahkan kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan berpanjangan di bawah pemerintahan Tuanku,” ucap Anwar.

Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menukar kerajaan sebaliknya baginda meminta pembangkang untuk tunggu pilihan raya akan datang.

Sultan Ibrahim meminta semua pihak agar menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat