Stephen Chow Sedih Pemergian Ng Man-tat

BERITA kematian pelakon legenda Hong Kong, Ng Man-tat pada Sabtu telah mengejutkan industri hiburan di seluruh dunia terutama sekali peminat yang membesar dengan filem lakonannya.

Ucapan takziah daripada peminat dan rakan selebriti mengiringi pemergian mendiang. Namun seorang rakan selebriti ini pastinya menjadi tumpuan – Stephen Chow.

Ng Man-tat dan Stephen Chow (nama sebenarnya Chiau Sing Chi) telah berkolaborasi dalam 21 projek sejak 1980-an hingga ke tahun 2001.

Projek terakhir mereka bersama ialah dalam filem “Shaolin Soccer” pada tahun 2001.

Duo filem komedi layar perak yang amat serasi ini sepatutnya bergabung dalam “Kung Fu Hustle” pada 2004, namun perancangan itu tidak berjaya dan dilaporkan menjadi punca kerenggangan hubungan mereka.

Timbul desas-desus pada ketika itu bahawa Stephen Chow berjanji akan mencari Ng Man-tat untuk berlakon dalam filem itu.

Ng Man-tat dilapor telah mengosongkan jadualnya untuk kolaborasi itu, tetapi akhirnya rancangan itu gagal, lantas mencetuskan khabar angin yang Ng Man-tat dan Stephen Chow tidak lagi sebulu.

Selepas insiden itu, Ng Man-tat mendedahkan satu watak penting telah dikhaskan untuknya, tetapi semuanya tidak menjadi.

Ng Man-tat dilaporkan kerugian hampir HK$1 juta (kira-kira RM524,000) setelah menolak tawaran lain untuk mengosongkan jadualnya.

Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian Ng Man-tat mendedahkan dalam satu rancangan televisyen China bahawa dia dan Stephen Chow sebenarnya tidak berselisih faham.

Sebaliknya, menurut Ng Man-tat, hubungan dan persahabatan mereka cuma tidak lagi sebaik dahulu.

Dia menyatakan perbezaan identiti dan pemikiran mendorong perbezaan pandangan itu.

Malah, menurutnya, Stephen Chow pernah mengajaknya berlakon dalam filem “The Mermaid” pada tahun 2016, tetapi terpaksa ditolak kerana masalah kesihatan.

Dalam temu bual terkini, Ng Man-tat pernah ditanya sama ada dia dan Stephen Chow akan berkolaborasi sekali lagi.

Dia menjawab, “Saya belum mati. Dia belum bersara. Pasti ada peluang.”

Media difahamkan sebelum kematian Ng Man-tat, Stephen Chow sering dimaklumkan tentang keadaan Ng Man-tat.

Stephen Chow dilapor berkata dia tidak menyangka kesihatan Ng Man-tat sampai ke tahap itu, lapor portal hk01.

“Saya baru tahu tentang berita ini.

“Walaupun saya sering mengikuti perkembangan kesihatan Ng Man-tat ketika itu, ada juga persediaan, sedikit sebanyak, tetapi berita ini masih amat menyedihkan dan memeritkan.

“Amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal. Penyakit Ng Man-tat datang begitu cepat dan mendiang pergi terlalu awal.

“Mendiang masih rakan dan sahabat baik saya sejak bertahun lamanya.

“Saya masih tidak dapat menerima berita ini.”

Ng Man-tat, 70, meninggal dunia pada Sabtu setelah bertarung nyawa di hospital akibat barah hati.

Selamat tinggal, Ng Man-tat (1951-2021) – Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...