Kor Ming label Akmal ‘sakit kuda gila’: Kepanasan sebab RUU URA digagalkan Umno ke?

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menyelar Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming yang melabel beliau ‘sakit kuda gila’,

Akmal mempersoalkan adakah Kor Ming kepanasan apabila Umno menggagalkan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang diperjuangkan KPKT dan DAP.

“Bila kita pertahankan agama, bangsa dan tanah air ini, ada puak yang kepanasan sampai melabel dengan gelaran “sakit gila”,”kuda gila”.

“Ni kepanasan sebab RUU URA kamu tu telah digagalkan oleh kami ke?

“Saya nak beritahu Nga Kor Ming lebih hina lagi orang yang gila kuasa dan tiada maruah bila sekadar menumpang dalam kerajaan negeri Melaka,tapi takut nak lepaskan jawatan kerana takut hilang kuasa dan gaji besar untuk diri sendiri.

“Malu lah wahai apek cakap xserupa bikin. Kamu label lah apa sekalipun, yang penting aku buat demi untuk pertahankan agama, bangsa dan tanah air aku,” tegas Adun Merlimau itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat