Beta tidak mahu orang Melayu berpecah belah kerana gilakan jawatan, tamak kuasa – Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Perebutan kuasa hanya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati, permusuhan dan perpecahan dalam kalangan ahli kariah khususnya, umat Islam amnya.

ultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan perebutan kuasa akan merugikan serta menyebabkan bangsa Melayu berpecah-belah.

“Beta tidak mahu orang-orang Melayu berpecah belah hanya kerana gilakan jawatan, tamakkan kuasa yang akhirnya akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri,” titahnya pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Kepada Nazir-Nazir dan Imam-Imam Masjid Seluruh Selangor, lapor Utusan di Klang pada Rabu.

Pada istiadat tersebut, Sultan Selangor berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 80 imam masjid pengurusan, 423 imam dan 347 nazir masjid kariah.

Dalam titah pada istiadat tersebut, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan nazir dan imam yang dilantik tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik sehingga boleh membawa kepada kepentingan agenda peribadi.

“Beta sama sekali tidak membenarkan ahli-ahli politik yang cuba berselindung di sebalik ceramah agama dan menggunakan nama surau serta masjid untuk kepentingan agenda politik masing-masing.

“Beta juga tidak mahu dengar ada dalam kalangan nazir dan ahli jawatankuasa masjid dan surau terlibat secara langsung dalam politik kepartian termasuklah memegang apa-apa jawatan politik kerana boleh menjejaskan keharmonian ahli kariah setempat,” tegas baginda.

Malah, Sultan Selangor turut mengingatkan pelantikan sebagai nazir dan imam bukanlah suatu jawatan politik untuk direbutkan bagi kepentingan beribadi, sebaliknya amanah yang dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak.

Selain itu, baginda turut bertitah memandang serius budaya fitnah dan menyebarkan tohmahan terhadap mana-mana pihak terutama melalui media sosial.

“Perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan ukhuwah serta perpaduan dalam kalangan umat Islam.

“Janganlah ada dalam kalangan anda gemar menyebarkan berita tidak benar, memutarbelitkan fakta atau membesar-besarkan perkara perkara kecil hingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli kariah dan masyarakat,” nasihat baginda.

Titah Sultan Sharafuddin lagi, semua nazir serta ahli jawatankuasa masjid dan surau supaya jangan mudah percaya kepada penyebaran berita palsu dan menyebarkannya tanpa usul periksa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat