Anwar ingatkan kementerian, GLICs tak cukup sekadar senaraikan usaha telah dilaksana

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kementerian-kementerian serta Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs)
supaya menjalankan analisis yang mendalam dan berterusan.

Hal ini katanya penting bagi mengelakkan kecenderungan untuk berasa selesa sekadar menyenaraikan usaha yang telah dilaksanakan, tanpa menilai impak sebenar serta ruang penambahbaikan yang wajar diterokai.

“Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung pagi ini telah meneliti secara menyeluruh kemajuan pelaksanaan serta inisiatif-inisiatif berimpak tinggi di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

“Mesyuarat turut mengambil maklum kemajuan semasa pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh GLICs dalam menyokong agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, keusahawanan, pembangunan bakat dan inisiatif sosial.

“Dalam hal ini, saya menegaskan agar kementerian-kementerian serta GLICs memberi penekanan serius terhadap aspek penilaian keberkesanan, selain memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirangka tidak bertindih dan bersifat saling melengkapi.

“Analisis yang mendalam dan berterusan adalah penting bagi mengelakkan kecenderungan untuk berasa selesa sekadar menyenaraikan usaha yang telah dilaksanakan, tanpa menilai impak sebenar serta ruang penambahbaikan yang wajar diterokai,” tegas Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, dengan pendekatan yang lebih bersepadu, berfokus dan tersusun, saya yakin inisiatif-inisiatif di bawah PuTERA35 akan terus memberi manfaat merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta menzahirkan hasil yang dihasratkan demi kemakmuran ekonomi Bumiputera dan negara secara keseluruhan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat