Fadhli masih tunggu nama 11 kerusi yang Amanah nak rampas di Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari masih lagi menanti nama 11 kerusi di Kelantan yang diyakini boleh dirampas Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Setakat ini tiada mana-mana pihak daripada parti Amanah yang boleh menamakan sebelas kerusi minimum yang boleh dimenangi di Kelantan,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Fadhli sebelum ini memberi respons selepas Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan keyakinan parti serpihan Pas itu mampu menang sehingga berbelas kerusi di Kelantan pada PRU16 akan datang.

“Satu keyakinan yang bagus, cumanya kalau boleh nak minta abang Mat namakan paling minimum sebelas kerusi (angka paling minimum untuk jumlah berbelas) yang menjadi sasaran untuk dimenangi oleh Parti Amanah.

“Tidak banyak, sebelas sahaja dulu,” katanya.

Mat Sabu brkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan semasa terhadap parti itu.

Kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu lagi, sokongan diberikan rakyat terhadap parti itu semakin baik, meskipun perlahan.

“Memang kita tahu parti besar yang mewakili orang Melayu ialah Pas dan Umno. Hendak muncul di tengah-tengah itu agar sukar.

“Kita tahu pilihan raya dua tahun lalu sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) begitu teruk.

“Tetapi tidak perlu bimbang sokongan itu satu gelombang bukan tetap kerana tuduhan-tuduhan mereka untuk mengaut undi itu hanya sementara,” katanya.

Menurutnya, sasaran itu dapat dicapai sekiranya parti-parti dalam kerajaan mengekalkan perpaduan sedia ada dan pembahagian kerusi dibuat dengan betul.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat