Pecah 3 rekod dunia

- Advertisement -

Annyeonghaseyo!

Setiap tahun, pencapaian diraih anggota BLACKPINK, Lalisa atau Lisa Manoban semakin berganda.

Bukan setakat terus berada di kemuncak karier, malah ada saja pengiktirafan baharu menerpanya.

Terbaharu, penyanyi kelahiran Thailand itu berjaya memecahkan tiga Guinness World Records menerusi kerjaya solonya.

Ia termasuk pencapaian membanggakan d Anugerah Muzik Video MTV 2022 (VMA2022) dan Anugerah Muzik Video MTV Eropah 2022 (EMA2022).

Rekod terbaru diciptanya adalah artis solo K-Pop pertama menang Video K-Pop Terbaik di VMA2022, artis K-Pop pertama menang Artis K-Pop Terbaik di EMA2022 dan artis K-Pop paling banyak pengikut di Instagram.

Setakat 19 Januari lalu, dia memiliki lebih 86.3 juta pengikut dan terkini sudah melepasi angka 87 juta menjadikan dia individu ke-38 paling ramai pengikut di dunia.

Sewaktu Lisa tampil dengan lagu pengenalan berjudul LALISA pada September 2021, dia sudah memecahkan rekod muzik video paling banyak tontonan dalam tempoh 24 jam ketika itu dengan lebih 73.6 juta.

Bersama BLACKPINK pula, Lisa dan anggota kumpulannya memegang tiga Guinness World Records iaitu kumpulan paling ramai pelanggan di YouTube, artis K-Pop wanita pertama capai tangga pertama Carta Album UK, dan artis K-Pop wanita pertama capai tangga pertama Carta Album Amerika Syarikat (AS).

Baru-baru ini, Lisa juga menerima pencalonan solo Premio Lo Nuestro (PLN) untuk lagu SG hasil kerjasama dengan DJ Snake, Megan Thee Stallion dan Ozuna.

PLN adalah acara anugerah muzik Latin berprestij.

Tidak ketinggalan, BLACKPINK juga mencipta pencapaian manis apabila menjadi artis K-Pop wanita pertama terima pencalonan di Brit Awards awal Januari lalu dalam kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik.

Pada musim panas nanti, BLACKPINK juga menjadi artis K-Pop pertama menjadi nama teraju festival muzik dunia paling popular, Coachella. Acara itu dijadualkan berlangsung sekitar pertengahan April nanti.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat