Faizal Tahir tunggu masa sesuai bikin konsert

- Advertisement -

AMPANG : Pengisian kerohanian mendorong komposer dan penyanyi, Faizal Tahir menjayakan Konsert Malam Bulan Bintang di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 4 Mac depan.

Pada malam itu, Faizal akan beraksi bersama barisan artis popular iaitu Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kumpulan Raihan yang menampilkan Alif Satar & The Locos, Sabyan dan Opick.

Bakal mendendangkan empat lagu, Faizal yang menginjak usia 45 tahun mengaku lebih yakin tampil pada acara seperti itu berbanding konsert solo.

Ini berikutan Faizal merasakan staminanya tidak sekuat dahulu.

Malah, Faizal mengaku pernah menolak tawaran penganjur mementaskan konsert solo kerana sedar kemampuan diri.

“Saya bukan lagi Faizal Tahir yang dahulu di mana boleh menyanyikan banyak lagu.

“Jika hendak jayakan konsert, saya kena pastikan diri berada pada tahap terbaik dari sudut stamina.

 

Faizal mengaku pernah menolak tawaran penganjur mementaskan konsert solo kerana sedar kemampuan diri. Foto IG Faizal Tahi
Faizal mengaku pernah menolak tawaran penganjur mementaskan konsert solo kerana sedar kemampuan diri. Foto IG Faizal Tahi

 

“Saya perlu gigih berlatih seperti pergi ke gimnasium dan sebagainya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Malam Bulan Bintang di sini, baru-baru ini.

Faizal mengaku lebih selesa dan tenang hidup dalam keadaan sekarang.

“Kebanyakan masa dihabiskan bersama keluarga.

“Anak sudah semakin membesar, malah ada yang sudah habis sekolah.

“Jadi, saya ingin beri tumpuan kepada mereka,” katanya.

Selain itu, tambah Faizal, sekarang bukanlah masa untuk mementaskan konsert berikutan terlalu banyak acara sama dianjurkan, baik dalam kalangan artis tempatan atau luar negara, sejak akhir-akhir ini.

“Bukan sombong tetapi terus-terang, hendak anjurkan konsert bukanlah murah.

“Malah, ada konsert yang tidak mendapat sambutan. Jadi, tunggulah semua reda dahulu,” katanya lagi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat