Khairy, Noh Dipecat, Hishammuddin Digantung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno memecat keahlian Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Keputusan itu diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat malam ini.

Terdahulu, bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar memaklumkan beliau juga digantung keahlian selama 6 tahun namun beliau menuntut agar beliau dipecat.

Ahli MKT, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam catatan di Facebooknya memberitahu selain Khairy, keahlian bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan; ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya; bekas ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif; dan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang digantung.

Keahlian mereka ini digantung selama 6 tahun.

Sementara itu, kedudukan Datuk Hasni Mohammad sebagai diganti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Umno Johor.

Dimaklumkan, tindakan diputuskan MKT malam ini dibuat atas cadangan Lembaga Disiplin Umno.

Keputusan rasmi akan diumumkan sebentar lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,395FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat