“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang” – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno secara rasmi telah memecat Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Unno kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, ahli Umno yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan.

“Selain itu yang turut dipecat ialah lima orang ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, 9 orang ahli Umno Bahagian Putrajaya, dua orang ahli Umno Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli Umno dari negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional(BN) dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU 15,” kata Ahmad dalam kenyataan selepas mesyuarat MKT malam ini.

Sementara itu, turut dimaklumkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor yang baharu menggantikan Datuk Hasni Mohammad.

Dalam perkembangan sama, Khairy di Twitter menukar bio sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga menulis “malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

“Unbowed, unbent, unbroken,” catat beliau.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat