“Gantung 6 Tahun, Lebih Baik Pecat Saya” – Noh Omar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tan Sri Noh Omar mengesahkan beliau kini telah dipecat daripada menjadi ahli Umno berkuat-kuasa serta merta.

Noh yang meninggalkan mesyuarat MKT awal sebelum acara tamat memberitahu namanya disenarai sebagai ahli yang digantung selama 6 tahun seperti yang diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pun begitu, bekas Pengerusi Umno Selangor itu mendesak agar beliau dipecat sahaja dan ia dipersetujui Zahid maka beliau status terkini ialah ‘dipecat atas keinginan sendiri’.

“Malam ini sejarah bagi saya, dalam ucapan mukadimah Presiden Umno malam ini beliau umumkan berapa ramai dipecat dan digantung. Dalam pengumuman tersebut nama saya digantung keahlian selama 6 tahun.

“Kalau nak gantung saya selama 6 tahun, lebih baik pecat saja saya. Saya yang minta dipecat, jadi Presiden kata kalau tuan badan sendiri setuju dipecat maka pecatlah,” kata Noh ketika sidang media di lobi Menara Datuk Onn, malam ini.

Beliau mendakwa Umno menggunakan undang-undang rimba sedangkan beliau dipanggil hadir menghadap Lembaga Disiplin Umno pada Isnin ini jam 2.30 petang.

“Kalau macam ni perangai Umno bertindak sesuka hati, langgar Lembaga Disiplin. Umno kini dah jadi hak milik individu, jatuh hukum sebelum saya jumpa Lembaga Displin.

“Buat malu Umno ni, dah tak hormat Perlembagaan parti, cuma jaga kepentingan sendiri,” tegas Noh.

Sebelum mengakhiri sidang medianya, Noh sempat mengucapkan “hi, hi, bye, bye Umno”, berapa juta ahli Umno yang buat keputusan beberapa orang sahaja. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat