‘InsyaAllah, saya Shahril Hamdan kalau dah jadi fighter takkan gostan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Semalam saya digantung enam tahun oleh parti UMNO, Saya tidak pernah dipanggil Lembaga Disiplin (LDU), tidak menerima apa-apa-apa surat, sebab apa mereka mengambil tindakan ini’, kata Naib ketua Pemuda UMNO (digantung), Shahril Sufian Hamdan.

Shahril dalam perkongsian videonya hari ini mengulas keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) pada Jumaat mengantung keahliannya selama 6 tahun.

Menurut Shahril, beliau ada membaca mesej yang ditular kononnya pengantungan beliau berkaitan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.

Selain itu katanya, kelantangan beliau yang meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya dan beberapa cadangan seperti ‘R&D Department’ bagi perubahan parti UMNO.

“Semalam saya digantung enam tahun oleh parti UMNO, saya tidak pernah dipanggil Lembaga Disiplin (LDU), tidak menerima apa-apa-apa surat,

“Saya pun tak tahu, sebab apa mereka gunakan ini untuk ambil tindakan ini,

“Saya ada bacalah sedikit mesej yang tular sengaja ditularkan mungkin kononnya kerana saya letak jawatan selaku Ketua Penerangan, kemudian saya minta Presiden ambil tindakan tanggungjawab setelah kekalahan PRU dan juga buat video cadangan untuk perubahan dalam UMNO dan termasuk untuk buat R&D Department.” Ujar Shahril.

Katanya lagi, beliau tidak pasti adakah orang lain boleh menerima sebab munasabah ini. Mungkin kalau mereka Nampak orang tak boleh terima dia boleh cipta pula alasan yang baru.

Bercakap mengenai rayuan seperti dicadangkan beberapa pihak jelas Shahril lagi, bagaimana hendak buat rayuan jika prosedur asal pun tak guna prosedur yang betul takkan bila merayu tiba-tiba jadi ok.

“Mungkin berharap kita u-turn, diam diri, kita ikut,

“Sorrylah saya tidak buat perkara itu, semua ini tidak akan mengubah hakikat benda yang susah untuk saya telan,

“Memang kita nak tunjuk kita fighter tapi hakikatnya saya manusia biasa, ini parti UMNO satu-satunya parti yang saya dah berjuang,

“Saya jadi ahli saya bersama cipta persabahabatan, belajar daripada kawan-kawan dalam UMNO mendewasakan diri dalam parti tiba-tiba dibuat begini”. Jelasnya lagi.

Menurut Shahril lagi, bukan mudah untuk ditelan tetapi inilah kehidupan, inilah politik.

“Saya masih ada rasa sayang teramat-amat sangat terhadap ahli-ahli UMNO, kawan-kawan yang telah saya bina persahabatan tersebut,

“Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej bagi semangat dan sebagainya, Thank You”. Ujarnya lagi.

Dalam pada itu katanya lagi, masih terlalu awal buat dirinya buat keputusan apa ‘next move’ di masa akan datang.

Pun begitu, apa yang berlaku ini tidak akan mematahkkan semangat dirinya. Dirinya masih ada Kemahuan dan keinsafan untuk menyumbang dalam apa jua cata sekalipun dalam membangun Agama dan Bangsa yang lebih murni selepas ini.

“InsyaAllah, Shahril Hamdan kalau dah jadi fighter kita takkan gostan.” tegasnya.

Terdahulu malam tadi, MKT bertindak memecat Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Bahagian UMNO Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, MKT juga menggantung keahlian Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif, dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Maulizan Bujang.

MKT juga bertindak memecat lima ahli Umno Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua ahli Umno Tanjong Karang serta 26 ahli Umno dari Pahang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat