Norman tabik kerjaya maskot

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Norman Hakim, 47, tabik kepada golongan individu yang mencari rezeki di luar sebagai maskot dan menyarung kostum dalam pekerjaan mereka.

Norman dapati tugasan itu jelas sangat besar cabarannya selepas mengalami sendiri menyarung kostum Zirafah dalam program The Masked Singer Malaysia musim baharu.

“Tak mudah ya duduk beraksi dalam maskot ini. Khusus untuk Zirafah, cabarannya adalah untuk bertahan dengan leher dia yang panjang dan berat tu. Kalau leher tak ‘fit’ memang boleh kejung tengkuk.

“Selain dari pengalaman baru, saya dedikasikan usaha ini khusus buat sahabat-sahabat yang mencari rezeki di sebalik maskot yang beratus dan mungkin beribu dekat luar sana.

“Ada yang pakai maskot Spiderman berniaga teh ais tepi jalan, ada suami isteri pakai maskot Mickey & Minnie Mouse hiburkan pengunjung keluar masuk ‘shopping mall’ dan ramai lagi,” katanya.

Norman juga berharap mereka yang bekerja sebagai maskot teruskan perjuangan jika punca rezekinya di bidang terbabit.

“Apa juga maskot, jangan lelah untuk terus berjuang demi survival kehidupan. Yang penting mencari rezeki yang halal.

“Saya tahu bukan mudah nak duduk berjam dalam kantung maskot ini. Mana nak bernafas, nak bercakap, nak kencing dan sebagainya,” katanya.

Perjuangan Norman dalam program terbabit terhenti pada minggu keenam selepas diumumkan tersingkir semalam .

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat