Akan terus berjuang dan tidak patah semangat- Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Sembrong (digantung), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menegaskan dirinya akan terus berjuang dan tidak sesekali patah semangat walaupun digantung keahliannya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selama 6 tahun.

Tegasnya lagi, dirinya akan terus cekal berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Menurutnya lagi, ini bukanlah pengakhiran selepas digantung keahliannya.

”This is not the end,

”but merely a beginning, a new beginning”. katanya melalui video yang dikongsikan di akaun media sosial beliau.

Mengenai langkah yang akan diambil selepas digantung, beliau akan berbincang dengan kepimpinan UMNO Sembrong.

Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

Terdahulu malam tadi, MKT bertindak memecat Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Bahagian UMNO Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, MKT juga menggantung keahlian Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif, dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Maulizan Bujang.

MKT juga bertindak memecat lima ahli Umno Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua ahli Umno Tanjong Karang serta 26 ahli Umno dari Pahang.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat