Tidak ikut prosedur, ‘saya’ tidak setuju keputusan pemimpin UMNO digantung dan dipecat – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan Presiden UMNO mengumumkan pemecatan dan pengantungan beberapa pemimpin UMNO tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

”Malam tadi Presiden UMNO mengumumkan pemecatan KJ dan penggantungan 6 tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Sdr Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol).

“Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan tersebut atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.” ujar Ismail Sabri menerusi kenyataan akaun media sosialnya.

Ismail Sabri juga memberi beberapa sebab dalam isu ini antaranya ialah:

1. Tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka.

2. Tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut.

3. Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan.

4. Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.

5. Jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke MT untuk keputusan.

Menurut Ismail Sabri proses ini tidak dilaksanakan di mana beliau dimaklumkan Jawatankuasa Disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.

“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.

“Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.” ujarnya lagi.

Terdahulu malam tadi, MKT bertindak memecat Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Bahagian UMNO Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, MKT juga menggantung keahlian Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif, dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Maulizan Bujang.

MKT juga bertindak memecat lima ahli Umno Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua ahli Umno Tanjong Karang serta 26 ahli Umno dari Pahang.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat