Visi Hutang Negara 1 Trilion Sudah Berjaya, Sindir Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir bekas-bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas era pemerintahan beliau kerana ‘berjaya’ menjadikan hutang negara RM1 trilion hari ini.

“Secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini.

“Naik RM316 bilion (46%) dari RM686.8 billion pada tahun 2017 sebelum PRU14 ke RM1,002.9 bilion,” bidas bekas Perdana Menteri itu dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat.

Tegas Najib, visi mereka untuk hutang negara benar-benar cecah RM1 trilion telah berjaya.

“Tahniah Pakatan Harapan (PH) , tahniah Lim Guan Eng, tahniah Abahkau (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tahniah Atuk! (Tun Dr Mahathir Mohamad),” sindir Najib.

Realitinya kata beliau semasa memjawat jawatan Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi adalah laju dan defisit kerajaan telah turun 8 tahun berturut-turut sebelum ianya dinaikkan dengan laju selepas PRU14.

“GST dimansuh, Petronas dijarah, aset-aset negara yang memberi pulangan yang baik pula dijual secara lambak oleh mereka. Ekonomi lembab.

“Akibatnya kadar kenaikan hutang kerajaan sangat pantas berbanding masa saya PM – iaitu tempoh PH asyik tuduh negara akan bankrap bawah saya.

“Ada sesiapa dari geng sebelah sana nak sangkal pengiraan saya hari ini tak? Soal beliau.

Najib memberitahu, hutang langsung kerajaan ini adalah cara seluruh dunia mengira hutang sesebuah negara.

“Bukan cara dongeng yang diperkenalkan oleh kerajaan PH untuk tipu rakyat bahawa hutang Malaysia sudah cecah RM1 trilion masa saya Perdana Menteri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat