UiTM Lanjut Pengecualian Sewaan Ruang Niaga

- Advertisement -

CYBERJAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui inisiatif UiTM Prihatin memberi lanjutan pengecualiaan sewaan selama enam (6) bulan lagi kepada para peniaga yang menyewa premis-premisnya di seluruh negara termasuk cawangan-cawangannya mengikut sayarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Ir. Mohd Azraai Kassim berkata, pengeculian sewaan premis ini adalah sebahagian daripada inisiatif UiTM Prihatin.

‘Ianya untuk mengurangkan beban para peniaga yang menyewa premis-premisnya di seluruh negara yang terkesan susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia khususnya di Malaysia.

“Pengecualian khas ini yang diberikan secara automatik kepada penyewa yang layak membabitkan sejumlah 718 penyewa dengan nilai pendapatan sewaan kepada UiTM hampir RM2.74 juta bermula dari 1 Oktober 2020 sehingga Mac 2021,” katanya melalui kenyataan media.

Ujarnya, inisiatif ini adalah saranan Menteri Pengajian Tinggi supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi para peniaga yang terkesan susulan pandemik tersebut.

Tegasnya, walaupun ianya juga akan memberi kesan kepada pendapatan UiTM, ianya merupakan inisiatif tambahan dan kali kedua dilaksanakan selepas pengecualian pertama selama enam bulan yang diberikan pada April hingga September tahun lepas.

“Pengurusan tertinggi universiti bersimpati dan amat memahami ramai peniaga terjejas apabila majoriti pelajar tidak berada di kampus-kampus dan belajar secara dalam talian di rumah masing-masing. Manakala, hanya sebilangan kecil pelajar berada di kolej-kolej kediaman universiti.

“Adalah diharapkan dengan pengecualian ini akan memberikan kelegaan kepada para penyewa premis yang terkesan dan membolehkan mereka untuk membuat perancangan semula perniagaan yang terjejas dengan sewajarnya,” katanya. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat