Polis Beragama Hindu terbabit bantu pergerakan berhala Thaipusam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Anggota polis berbangsa India telah membantu untuk mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta penganjur pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam.

Penganjur pergerakan dan Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee di sini, yang hadir dikatakan terdiri daripada warga tua dan tidak mampu melaksanakan tugas memikul berhala berkenaan. Dengan itu, polis yang berada di lokasi membantu pikul berhala dari dalam kuil ke pedati.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tindakan itu berikutan arahan kerajaan yang hanya membenarkan 10 orang sahaja untuk terbabit dalam pergerakan itu bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Video yang dirakam pada jam 3 pagi semalam, di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee di sini, memaparkan petugas polis membantu pergerakan pedati dan semua pegawai dan anggota terbabit adalah berbangsa India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu video bantuan penugasan polis sewaktu kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021 dikesan tular dalam laman media sosial.

Video berdurasi lapan saat itu menunjukkan sekumpulan pegawai dan anggota polis membantu mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta oleh pihak penganjur.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ditalian 03-26002222 atau hotline Polis KL ditalian 03-21159999.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat