Jangan Sia-Siakan Keprihatinan Sultan Perak, Kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa terima kasih atas keputusan Sultan Perak, yang memperkenankan semua masjid dan surau di negeri itu menunaikan solat Jumaat.

Zahid melalui laman Facebook sebentar tadi berkata keputusan tersebut membuktikan Baginda seorang yang prihatin dengan keluh kesah umat Islam berhubung perlaksanaan solat Jumaat semasa pelaksanaan PKP 2.0.

“Patik menjunjung kasih titah tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan semua masjid dan surau di Perak dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat.

“Ini termasuk surau di dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, kolej, sekolah dan kilang-kilang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keputusan itu diperkenan bagi membolehkan lebih ramai individu menunaikan solat Jumaat dengan had maksimum 40 orang jemaah di satu-satu tempat solat Jumaat.

“Terima kasih Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diatas keprihatinan baginda terhadap keluh kesah umat Islam mengenai urusan solat Jumaat semasa pelaksanaan PKP 2.0,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Zahid turut berharap agar masyarakat di negeri itu untuk menghargai titah tersebut dengan memastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dan akan dipatuhi dalam urusan Solat Jumaat.

“Dengan ini juga, saya berharap semua umat Islam Perak jangan sesekali mensia-siakan perkenan, keprihatinan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh Tuanku Sultan Perak kepada kita semua.

“Meskipun kelonggaran telah diberikan, kita masih perlu bertanggungjawab keatas diri kita sendiri.

“Kita perlu patuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dan akan dilaksanakan dalam urusan Solat Jumaat.

“Syarat-syarat penjarakan fizikal antara jemaah yang akan diperketatkan dengan pengenalan mekanisme baharu merangkumi aliran masuk dan keluar masjid mahupun surau perlu dipatuhi sepatuh-patuhnya,” ujarnya lagi.

“Kita perlu membuktikan kepada dunia bahawa umat Islam Malaysia adalah umat yang berdisiplin dan patuh pada SOP bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melahirkan hasrat agar negeri-negeri lain turut mengikuti keputusan yang dibuat itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat