Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Jalani Kuarantin Di Rumah

- Advertisement -

KLANG – Seorang anggota polis berpangkat sarjan meninggal dunia ketika menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di kediamannya di Taman Sri Andalas di sini semalam.

Allahyarham berusia 53 tahun yang merupakan sarjan pengawal pengiring di cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan mempunyai lima anak meninggal dunia kira-kira pukul 8.29 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, allahyarham menjalani ujian saringan Covid-19 pertama pada 22 Januari selepas mengalami demam dan didapati positif.

“Allahyarham melakukan ujian saringan kedua pada keesokan harinya dan keputusannya turut positif Covid-19.

“Oleh demikian, Allahyarham telah menjalani kuarantin di rumahnya bermula dari tarikh ujian saringan pertama hingga 1 Februari ini, namun meninggal dunia malam semalam di rumahnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, prosedur pengurusan jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah selesai kira-kira pukul 4.40 petang tadi.

“Pegawai perubatan HTAR Klang telah mengesahkan kematian allahyarham adalah disebabkan ‘Death Due To Covid-19’.

“Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Sireh pukul 5.45 petang tadi,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat