Salman Khan dipatuk ular

- Advertisement -

New Delhi: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital.

Kejadian berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular itu dari rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.

“Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya. Dan ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya tiga kali,” kata Salman kepada pemberita selepas keluar dari hospital.

Pelakon berusia 56 tahun itu berkata beliau diberi rawatan antivenom ular dan berada di hospital selama enam jam.

Salman membintangi banyak filem blockbuster sepanjang tiga dekad kerjaya hiburannya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat