Hentikan budaya ‘kipas’ – Azhan Rani

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Azhan Rani berpendapat ‘budaya’ orang bawah untuk cuba mengagumkan orang atasan tidak seharusnya terjadi terutama ketika negara sedang berdepan bencana banjir ketika ini.

Pelakon berusia 45 tahun itu menerusi Instagram berkata, ada pihak mengarahkan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam membersihkan kawasan terjejas bagi menyambut kunjungan golongan VIP ke kawasan itu, baru-baru ini.

“Baru dapat lunjur kaki balik dari ‘shooting’ aku terbaca ni. Masya-Allah entahlah sahih ke tak, tapi aku percaya mana-mana tempat pun mesti ada cerita. Aku cuma harap ini bukan masa nak ‘double standard’. “Nama pun nak datang bantu, datang je. Kos upacara sambutan tu pada aku dapat jimatkan banyak wang ringgit dan tenaga ramai orang untuk bantu orang lain dari kena menunduk mengipas orang VIP.

“Ye la, aku sendiri percaya mana-mana tempat pun yang kat bawah-bawah akan cuba kagumkan orang atasan apa yang dia boleh buat. Cuma dengan ada budaya ni la rasanya pemimpin berjiwa rakyat ini selalu terlepas pandang apa situasi sebenar yang patut mereka tahu.

“Kita hentikan kebencian. Kita sama-sama perbaiki. Yang mampu kita tolonglah yang memerlukan walaupun dengan sepotong doa. Insya-Allah,” tulisnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat