i-Citra: Dengarlah rintihan rakyat, bukan nasihat Menteri Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinasihatkan untuk mendengar rintihan rakyat, bukannya menurut nasihat Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perkara ini disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mangsa banjir.

“Dengarlah rintihan rakyat, usahlah dengar nasihat Tengku Zafrul Menteri Kewangan.

“Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan Menteri Kewangan apabila beliau mempertahankan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu PKP 1.0 lagi,” katanya.

Asyraf menegaskan, bantuan RM1,000 tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang mengalami musibah banjir apatah
lagi jika nak bergantung kepada pendekatan memberikan pinjaman.

“Pemuda UMNO telah cuba sedaya mampu melalui pelbagai cara membawa suara rakyat termasuklah bertemu sendiri dengan CEO KWSP, Menteri Kewangan bahkan Perdana Menteri sendiri.

“Harap-haraplah ini bukan keputusan akhir Perdana Menteri Menteri Kewangan. Dengarlah rintihan rakyat yang mahukan bantuan i-Citra ini, lebih-lebih lagi terlalu ramai yang mahu kembali memulakan kehidupan dan perniagaan akibat terkesan dengan musibah yang melanda,” rayu beliau.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.

Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat